Post Top Ad

5.6.21

Gabungan mantap DJ CZA bersama MK, TUJU dan LOCA B dalam VETO



Komposer dan penerbit, DJ CZA bukan satu nama asing dalam dunia hip hop tanah air dan juga Asia Tenggara.


Bekas anggota kumpulan hip hop Ahli Fiqir ini kini tampil menghasilkan lagu baharu bersama tiga penyanyi rap sedang meningkat naik, MK, Tuju dan Loca B berjudul Veto.


Lagu yang dikeluarkan dibawah Def Jam Recordungs Malaysia ini adalah sebuah lagu yang menaikkan semangat agar tidak berputus asa apabila berdepan rintangan dan halangan dalam kehidupan.


Membawa erti ‘kuasa’, Veto juga adalah satu peringatan bahawa masa depan adalah di dalam tangan kita dan harapan masih ada di kala dunia dilanda pandemik.

DJ CZA (kanan) bersama Loca B, Tuju dan MK

Menurut DJ CZA, jika kita fokus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana pun cabarannya, kita pasti akan berjaya.


“Veto adalah lagu berunsur motivasi, dan membangkitkan semangat. Ia seolah-olah menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak menoleh ke belakang,” kata DJ CZA.


VETO kini boleh didapati di semua platform pengstriman: https://DefJamMY.lnk.to/VETO


Sementara muzik video rasmi boleh ditonton di saluran Youtube rasmi Def Jam Malaysia.


June 05, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad