Pasti ramai yang ingin hidup selesa selepas bersara. Namun
jika kita salah percaturan semasa muda dan tidak pandai menguruskan kewangan,
pasti akan meninggalkan kesan di masa tua nanti.
Seorang pakar motivasi dan perancang kewangan, Dr Mohd
Shukur telah berkongsi perkara apa yang perlu dan tidak dilakukan sebelum
bersara.
Ikuti perkongsian beliau.
-------------------------------------------------------
“KALAULAH BOLEH DIUNDUR MASA, SAYA SEPATUTNYA MERANCANG
KEWANGAN & MASA PERSARAAN BEGINI :
1) Tak perlu rumah yang besar dan Tak perlu tingkat atas ( 2
tingkat ).
Keperluan hanya sebuah rumah yang kecil untuk masa tua @
masa persaraan yang simple. Panjang rumah sekarang ni dah terbuat 145 kaki.
Setiap kali duduk kat depan, malas nak gi dapur. Setiap kali gi dapur, fikir 3X
apa nak bawa ke depan.
2) Tak perlu kereta-kereta berjenama ni. Sekarang nak jual
pun sayang, harga memang jatuh teruk tak kiralah brand apa pun. Spare part ori
pula mahal2. Kalaulah duit kos pembelian tu, kos interest, pembaikian, kos wear
& tear ni sejak dulu lagi di sedekahkan ke surau, tahfiz, palestine dan
lain lain lebih tinggi manfaatnya dan pahala mengalir walaupun dah tiada nanti.
Saya tidak memerlukan dilihat memandu kereta mahal sebagai tanda sudah berjaya,
ianya adalah mesej yang salah kepada generasi muda.
Cukuplah pakai Vios atau City sahaja. Bila drive Vios anak
tadi gi kedai, terfikir juga kenapalah tak pakai Vios sahaja. Macamanalah boleh
terjebak kat kereta-kereta branded yang lebih menguntungkan pengeluar-pengeluar
kereta di luar negara tu sedangkan fungsinya sama sahaja.
3) Pendidikan anak-anak sebaiknya first degree sahaja atau
diploma pun cukup. Yang penting ialah survival skill. Bila tengok life graduate
yang kerja makan gaji ni ( kecuali yang jadi Top Management ), saya beritahu
kepada anak-anak, jangan kerja makan gaji. Mari kita berniaga. Buka syarikat
sendiri. Kita mula dari bawah dahulu. Modal dah ada. Tapi kita belajar manage
dengan modal yang kecil supaya minimumkan risk.
4) Alangkah baiknya jika ada Pusat Tahfiz sendiri. Tengok
kehidupan rakan seorang ustaz yang ada Maahad Tahfiz ni hidupnya ceria penuh
semangat. Dia ada taska/tadika, kedai mini market, jadi pemborong /
supplier…..keuntungan perniagaannya digunakan untuk membiayai maahad tahfiz tu.
Hidupnya bermotivasi dengan ganjaran akhirat, kejar award akhirat jadi MDRT di
sana. MasyaAllah.. Inspired..hmm…masih belum terlambat…sekurang-kurangnya
kolaborasi
5) Property for investment, tak perlu beli yang mahal-mahal.
Cukuplah rumah teres setingkat sahaja sepatutnya tapi tingkatkan bilangan.
Sementara tunggu anak2-anak dewasa dan bagi kat dorang, boleh sewakan kepada
orang lain. Ramai kini yang tak mampu sewa rumah yang mahal-mahal , mereka
mencari yang mur mur untuk meneruskan kehidupan. Jika beri discount boleh
membantu mereka yang dalam kesukaran.
6) Tak perlu nak main saham, private mandate atau unit
trust. Tak perlu nak ambik tau berapa harga atau nilai sekarang. Simpan sahaja
duit dalam Tabung Haji. Tak yah ada apa-apa emosi, tak yah nak ambik tau atau
nak fikir. Apa pun berlaku di dunia kini takde kaitan. Dapat 3.2% pun dah
banyak dan bersyukur. Kalau 1M dah dapat 32K…. bertambah lagi.
Hanya tumpukan kepada bisnes, fokus ini sahaja. Bekerja dan
buat keuntungan dalam bisnes. Ini lagi tenang dan menyeronokkan.
7) Tak perlu melanggan Astrok. Mengarut betul dulu. Nasib
baik dah stop cepat-cepat dulu. Lebih BEST tengok anak mengaji menghafal surah
dari tengok astrok entah apa-apa tu.
8) Tak perlu bekerja sampai lewat petang, malam atau
weekend. Budaya kerja di Malaysia ni sampai ke malam malah weekend. Kita terlalu
mengejar wang.
Di Australia contohnya, tepat jam 5.00pm dah tutup. Saya dah
sampai dah kedai tu dan barang tu pun depan saya , peniaga tu baru nak berkemas
tutup, tapi disuruhnya datang esok sebab dah pukul 5.00pm. Malam bersama
keluarga. Weekend berehat dan bercuti, yang banyak duit tu mereka ada bot laju
atau yacht sendiri, takyah nak fikir urusan kerja time weekend.
9) Tak perlu nak lama sangat makan gaji. Jika kerja kerajaan
ambiklah pencen awal sebelum umur 50. Makin lambat buat akan makin susah nak
buat sebab dah terliur gaji makin meningkat.
Antara keputusan yang memberi kepuasan kepada saya ialah
saya kerja makan gaji sekejap sahaja, pelbagai kerja tetapi cukup untuk dapat
pengalaman.
Pernah kerja kilang rokok sekejap masa lepas sekolah dulu bahagian
QC. Penatlah QC ni jalan sana sini dahlah kilang besar. Ada beza rokok murah
dan rokok mahal. Rokok ni asasnya mesti ada rasa tembakau sahaja, so rokok
murah tu segala batang pokok malah akar pokok dicampur sekali dengan tembakau
yang sedikit dalam mesin pengisar. Nasiblah sape hisap rokok murah janji ada
rasa tembakau kan.
Pernah kerja di Bank bahagian Hire Purchase, tapi bahagian
apa pun sama jer. Kerja di bank ni semua pakai lawa-lawa…. side baju dan seluar
tajam-tajam iron mau luka kalau kena.
Habis duit dek pakaian dan gaya hakikatnya pening dek hutang
credit card yang main swipe. Yang bayar minimum jer lama2-lama terciduk betul,
naik kesian tengok interest jer lebih 1k sebulan…. kan bagus jika amount tu
yang disimpan dalam tabung haji… simpan 1500 sebulan bukannya interest credit
card. Tapi kalau yang dalam Top Management tu memang best lah.
Bila buat part-time ejen insurans tahun 1992 ( dah 30 tahun
) barulah saya nampak peluang buat full-time bisnes jadi ejen ni pada awal
tahun 1996. So dah 25 tahun berhenti makan gaji dan full-time in business based
on komisen bukannya gaji tetap.
So jika ada yang takut-takut nak berhenti makan gaji untuk
join full-time bisnes, saya dah advanced 25 tahun dari pemikiran anda.
10) Kahwin 2, bila dah berumur ni rasa senang hati tak
beristeri dua. Tengok life orang kahwin 2 ni tak sesuai dengan jiwa saya.
Nak post check-in stay hotel dengan wife pun takut. Mula2
hairan juga, bila tanya baru faham. Dia kata, kalau wife lagi satu tahu dia pun
nak juga. Kalau dengan 2nd wife stay 5-Star hotel dia pun nak juga 5 Star.
Lor……benda-benda kecik camtu pun kau ada masalah.
Dulu ada sorang lagi kawan ni gi Ho Chi Minh dgn 1st wife
dia..sekali dgn saya. Dia kata lepas ni aku kena gi lagi ni, nasib baik kau dah
ajar cara jimat gi cuti & shopping sini.
Adoiii kesian pulak kena datang lagi tempat yang sama. Tak
boleh ke belikan jer kain-kain ni dan bagi kat wife lagi satu. Pompuan mana
boleh camtu, kena bawak dia jugak lepas ni. Adoii kalau 3 wife penat la camtu.
Kalau gi London ulang 3X, gi Italy ulang 3X, Gi Umrah dan Haji tentu juga
camtu.
Aku tak boleh buat swimming pool kat rumah macam kau. Kalau
buat nanti, wife lagi satu nak jugak swimming pool. Ahh sudah…. kereta pulak
camna la tu, kalau 1st wife pakai bmw takkan 2nd wife pakai Viva.
Rupa-rupanya banyak benda tak boleh buat dan banyak benda
kena buat.
Tapi ada sorang kawan yang kahwin 2 ni kalau group whatsapp
suka tunjuk hero. Pakar melucah dialah abang jaguh. Bab melekehkan isteri pertama
tu lah keje dia, suka kutuk dah tua lah. Agaknya lepas tulis kat grup whatsapp
mesti dia delete la tu. Kalaulah tiba-tibalah meninggal dunia, isteri pertama
dia terbaca apa yang dia tulis kat grup whatsapp tu tentulah dia kecewa.
Rupa-rupanya dia dikutuk dah tua lah itulah dan lain-lain.
Ada yang tegur, itu bukan ikut sunnah nabi. Juga tegur,
kalau orang bukan Islam baca tujuan kau kahwin 2 ni buat malu jer kau yang hina
tujuan poligami. Terus dibalasnya, kau yang penakut, takut bini …., lepas tu terus
mencarut. Yea tak semua macam ni, tapi bila tengok FB dan falsafah dia kat FB
boleh gelak sendiri.
Panjang betul menulis lak. Ni semua PKP punya pasal.
Tapi dulu saya memang seorang penulis. Di sini.“
Sumber : Facebook Mohd Shukur
No comments:
Post a Comment