Nama pelakon Rita Rudaini menjadi bualan hangat netizen
gara-gara beberapa hantaran yang dikongsi di dalam Insta Story akaun Instagram
beliau.
Dalam satu hantaran, Rita memberi pendapat bahawa umat Islam
pada hari ini sudah menjadi berpuak-puak tentang kepercayaan mereka terhadap
vaksin.
“Sekarang umat Islam dah jadi berpuak-puak. Dalam keluarga dah
ada puak. Yang tak nak vaksin digelar antivaksin oleh yang vaksin (penerima
vaksin). Kenapa?,” kata Rita.
Kata Rita lagi, setiap manusia mempunyai hak untuk menolak
vaksin dan baginya, seseorang yang tidak mahu disuntik bukanlah bermakna dia
seorang anti-vaksin.
“Yang tak nak vaksin
tidak semestinya dia antivaksin. Hak masing-masing kan. Hebat permainan dunia
memecah belahkan manusia dengan benda (vaksin) ini je,” kata Rita lagi.
Menerusi hantaran berbeza, Rita turut memberi kenyataan
seolah-olah tidak berpuas hati apabila ada dalam kalangan warga emas turut
dipaksa untuk menerima suntikan vaksin.
“Yang nak vaksin, vaksin lah…tapi kenapa nak ada paksaan?
Apa agenda? Paksa orang-orang tua vaksin. Ada yang duduk di atas kerusi roda
pun diangkut untuk vaksin. Kenapa?
“Mereka dah tua nak berjalan pun tak boleh. Jadi mereka
divaksin sebab nak pergi mana? Paris? Milan?” ujarnya.
Tidak cukup dengan itu, Rita malah mempersoalkan tindakan
anak-anak apabila menyuruh ibu bapa mereka yang telah uzur untuk divaksin dan
menyifatkan mereka seolah-olah tidak mempunyai otak.
“Kalau nak cucuk (untuk diri sendiri), cucuklah. Tak perlu nak
risikokan ibu bapa kamu. Kalau boleh pergi bercuti pun kamu nak bawa mereka
ke?” tulis Rita.
Sebelum ini, nama Rita menjadi bualan netizen dalam Twitter
apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon
itu sedang merebus bunga cengkih.
Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut
bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan
dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.
Malah, Rita Rudaini juga pernah bersuara membidas tohmahan
seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin
dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan.
Sumber: Kosmo! Online
No comments:
Post a Comment