Post Top Ad

1.7.21

Siti Elizad terharu dapat panggilan daripada Raja Permaisuri Agong


Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


Elizad berkongsi perkara tersebut menerusi satu perkongsian di akaun Instagram beliau pada malam Rabu.


“Would love to share this special moment. Hari ni hari yg sgt menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah.


“Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya mandul tempoh hari,” tulisnya.



Kata Elizad, Raja Permaisuri menghubungi dirinya kerana ingin bertanyakan mengenai keadaannya selepas terbaca kisahnya dituduh mandul oleh seorang netizen minggu lalu.


“It really touch my heart with this beautiful call Tuanku . Terharu , terkejut, semua ada...


“Macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan rawatan kesuburan ivf saya.


“Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa2. Tuanku berikan kata2 semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF,” cerita Elizad.



Jelas Elizad, kaedah rawatan kesuburan IVF yang pernah dilakukannya itu sememangnya menyakitkan dan hanya mereka yang pernah alami dapat merasai perasaannya.


“Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai. Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual2 dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh2 keibuan.


“Sempat juga Tuanku selitkan ‘saya tengok drama awak sebelum ni, awak dah tak berlakon lagi?’ Allahuakhbar. Terima kasih Tuanku Permaisuri,” katanya.



Dalam pada itu, Elizad turut menitipkan kata-kata semangat kepada semua wanita yang senasib dengannya agar menghiraukan kecaman yng dilemparkan.


Malah, perkongsian Elizad mengenai perjalanannya dalam IVF adalah untuk memberi informasi kepada mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.


“Kepada semua yang sedang cuba untuk hamil (TTC) Kita semua adalah pahlawan.


“Orang boleh bercakap apa sahaja. Hanya kita sesama kita saja yang melaluinya. Kepada mereka yang kecam dan cakap nak buat anak pun nak bising-bising.


“Untuk pengetahuan semua, saya berkongsi kisah perjalanan buat IVF adalah untuk TTC.


“Jangan malu untuk berjumpa dengan pakar. Tiada paksaan untuk ikuti kisah saya. Terpulang kepada anda (pengikut),” jelasnya.


Sumber: Instagram @elizadsharifuddin



July 01, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad