Teka-teki sama ada penyanyi Ernie Zakri sedang hamil
akhirnya terjawab apabila penyanyi lagu Boneka itu mengumumkan dirinya sudah
berbadan dua menerusi satu hantaran di akaun Instagram beliau.
Menerusi hantaran tersebut, Ernie atau nama sebenar Nur
Ernie Shahirah Zakri, 29, menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan
Allah SWT kepada dia dan suami.
“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau
permudahkanlah perjalanan kami,” kata Ernie
di Instagram pada Jumaat.
Menerusi laporan portal mStar, suami Ernie iaitu penyanyi
Syamel mengesahkan isterinya kini sedang hamil dan usia kandungan memasuki usia
empat bulan.
“Alhamdulillah kandungan isteri dah masuk empat bulan…Ernie
punya kehamilan berbeza dengan ibu mengandung lain.
“Masuk trimester kedua baru dia berdepan alahan, macam rasa
loya tapi Alhamdulillah Ernie dan bayi dalam kandungan sihat.
“Doakan semoga bayi membesar dan selamat sehingga hari
kelahirannya ya!” kata Syamel kepada mStar.
Sebelum ini, timbul spekulasi Ernie hamil kerana perubahan
bentuk badannya namun dia menafikan perkara tersebut dan memberitahu badannya
semakin naik disebabkan selera makan yang tinggi.
Untuk makluman, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah
tangga pada 26 Mac yang lalu dalam majlis akad nikah yang berlangsung secara
tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.
Sumber: Instagram Ernie & mStar
No comments:
Post a Comment