Pelakon Shakilla Khoriri baru-baru ini ada berkongsi video anak perempuannya, Ameena Sofia yang telah menarik perhatian ramai.
Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok beliau itu,
Shakilla bertanya kepada anaknya yang kini berusia tiga tahun itu apa yang
diinginkan apabila berada di syurga.
Jawab anak kecil itu, dia menginginkan umi dengan daddy.
“Umi, dalam syurga ada apa?” tanya Ameena.
“Syurga ada macam macam. Ameena nak ada apa dalam syurga?” kata
Shakilla.
“Ameena nak umi dengan daddy,” balas Ameena lagi.
Kata pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri, dia tersentak
dan terdiam seribu bahasa selepas mendengar jawapan jujur itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh
hati dan berasa sebak selepas mendengar apa yang diinginkan anak kecil itu di
syurga.
@shakillakhoriri Kadang ada masa-masa yang buat aku mati kata. Terdiam seribu bahasa. Berlegar-legar mencari ayat. Speehless. Semoga yang baik-baik je untuk anak ni 🤍 #AmeenaSofiaSK ♬ original sound - shakillakhoriri
Untuk makluman, Shakilla mendirikan rumah tangga dengan penyampai
radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018.
Namun mahligai yang dibina tidak kekal lama dan mereka
akhirnya bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang
cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 2019.
No comments:
Post a Comment