Post Top Ad

3.9.18

Kontroversi gambar mesra, Haqiem Rusli harap Ismail Izzani kuat hadapi dugaan




Kontroversi gambar mesra penyanyi Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie seakan-akan berpeluk yang viral baru-baru ini turut mendapat perhatian rakan penyanyi tersebut iaitu Haqiem Rusli.

Haqiem berharap Ismail akan bersabar dan kuat berdepan kontroversi itu di Twitter.

"Stay strong brother, i have your back," tulis Haqiem memberi sokongan kepada rakannya.

Ismail Izzani telah memohon maaf kepada keluarga dan pihak pengurusannya serta meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku.

Foto tersebut menjadi tular selepas ia dikongsi oleh sahabat Zarina iaitu pelakon Fathia Latiff.

Foto Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie seakan-akan berpeluk yang viral

September 03, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad