Post Top Ad

5.9.18

Sharnaaz Ahmad umum nama anak di Instagram


Tujuh hari selepas dilahirkan, pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi nama anak sulungnya.

Menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya, Sharnaaz dan isteri, Noor Nabila, memilih nama Jebat Jayden Ahmad untuk bayi lelaki mereka.

“Assalammulaikum, dengan lafaz bismillah dan penuh kesyukuran, berkat rahmat Allah yang maha kuasa, dengan ini saya memperkenalkan anak kesayangan kami bernama Jebat Jayden Ahmad bin Sharnaaz Ahmad,” tulisnya.

Selain itu, Sharnaaz juga telah membuka akaun laman sosial Instagram untuk anaknya dengan nama @jebatjayden.

Sharnaaz bergelar bapa pada 30 Ogos lalu yang juga jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-32.



September 05, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad