Post Top Ad

3.9.18

Tampil bertudung selepas menunaikan ibadah Haji, Fouziah Gous dipuji peminat



Selepas menunaikan ibadah Haji baru-baru ini, pelakon Fouziah Gous kini tampil dengan imej bertudung selepas pulang dari Tanah Suci Mekah.

Penampilan terbaharu Fouziah itu menerusi foto yang dimuat naik oleh suaminya di Instagram @zhafyusof mendapat pujian oleh peminat yang memuji imej beliau yang bertudung.


Antara komen-komen peminat di Instagram adalah:

"Cantik sis fouziah pakai tudung..semoga isyiqomah ye sis..manis sgt begitu" – lovelyazalyea

"Cantiknya berhijab...alhamdulillah..semoga @fouziahgous kekal..dan istiqamah" – nurasraz

"Alhamdulillah ...selamat kembali me tanah air... Cantiknya hajah @fouziahgous semoga sntiasa dlm rahmat Allah" – mohdyusofdaughter


"Ya Allahhh cantiknya pakai tudungggg..istiqamah pls sygggg... Agar smua org syg.. Allah pn syg" - farhana8211

"Alhamdulillah..sejuk mata memandang..semoga datin hajjah @fouziahgous terus istiqomah...cantik & manis.sejuk mata memandang." – wanhanisahwanseman

"Kakak, you look younger lah pakai tudung. Masya-Allah cantik sangat" - jinanie_

Fouziah, 35, dan suami, Zhafran Yusof, 35, berangkat ke tanah suci Makkah pada 16 Ogos lalu dan selamat pulang ke Malaysia pada Sabtu.

Bagaimanapun, sehingga kini Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous belum memberi sebarang kenyataan mengenai penampilan tersebut.

Malah, di laman sosial miliknya juga tiada sebarang foto terbaharu mengenai imejnya yang dimuat naik.
September 03, 2018 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad