Post Top Ad

27.4.21

Janna Nick hidap bipolar disorder, dedah pernah dua kali cuba bunuh diri

Setelah ‘berehat’ daripada media sosial, pelakon dan pengacara, Janna Nick kembali memuat naik sesuatu di laman Instagram beliau.

Dalam posting tersebut, Janna mendedahkan secara klinikal dia disahkan menghidap gangguan mental dan didiagnos menghidapi bipolar disorder.

Pendedahan pengacara Melodi itu dibuat menerusi satu entri di Instagram pada 23 April 2021 selepas secara klinikal disahkan menghidap gangguan mental berkenaan.

Menurut Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner,25, atas faktor itu, dia terpaksa berehat seketika daripada dunia laman sosial kerana mahu memberi fokus terhadap dirinya.

“Sudah seminggu dan saya masih lagi mengambil ubat anti-depresi (Escitalopram) dan Carbamazepine.

“Selama ini, saya fikir otak saya bekerja secara normal sama seperti orang lain. Saya memang ingat semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka.

“Saya ingat itu normal apabila ada suara dalaman bercakap antara satu sama lain seperti perbincangan berkumpulan.

“Sehinggalah saya mula mengambil ubat dan mula menyedari tentang apa yang orang normal berfikir dalam otak mereka,” katanya.


Tambah Janna lagi, dia tidak dapat memastikan situasi yang dilalui itu disebabkan faktor genetik atau ada kaitan dengan kisah silamnya.

Ujarnya lagi, pada usia lapan tahun, dia telah beberapa kali melalukan percubaan untuk membunuh diri dengan mencederakan tubuh badannya.

“Zaman kanak-kanak saya tak sama seperti rakan saya yang lain. Sepak terajang memang makanan saya dari dulu lagi.

“Sewaktu berusia 14 tahun, saya pernah cuba membunuh diri dengan menelan segenggam panadol yang dicampur dengan ubat lain.

“Saya tak ada keluarga yang sempurna…dulu saya tinggal di sekolah berasrama penuh.

“Setiap minggu tengok ibu bapa orang lain datang melawat…bawa makanan untuk mereka. Saya? Tengok sajalah di balik tingkap,” luahnya lagi.


Lebih perit lagi apabila pelakon Isteri Untuk Diiktiraf itu pernah cuba untuk menggelar tangannya dalam percubaan membunuh diri buat kali kedua.

“Ketika Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), saya pernah mencederakan pergelangan tanggan di hadapan adik perempuan saya,” tuturnya.

Ruangan komen di hantaran tersebut dihujani dengan kata-kata semangat yang dititipkan oleh rakan selebriti dan pengikutnya.

Rata-rata menasihati Janna untuk berehat dan terus kuat untuk melawan masalah mental yang dihidapinya ketika ini.


April 27, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad