Post Top Ad

5.4.21

Peminat dakwa nampak 'baby bump', Elizabeth Tan hamil?






Gara-gara satu posting di Instagram, nama penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan menjadi bualan hangat netizen kerana ramai merasakan dia kini sedang hamil.

Menerusi posting tersebut, Elizabeth atau mesra disapa sebagai Lizzy memuat naik foto bersama pelakon drama veteran, Angeline Tan.

Dalam foto itu, bahagian perut Lizzy kelihatan agak berisi seperti sudah berbadan dua.


Lizzy pantas menafikan andaian netizen dan memberitahu dia belum hamil menerusi posting di IG story beliau.

“Guys, saya belum mengandung,” tulis di InstaStory.



Terdahulu Lizzy mengejutkan khalayak selepas foto dan video perkahwinan beliau viral di media sosial.

Lizzy mengakui dirinya sudah berkahwin 20 Mac 2021 dan memohon maaf kepada semua kerana merahsiakannya.


April 05, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad