Post Top Ad

27.4.21

SAH! Neelofa, PU Riz dan keluarga Neelofa dikompaun langgar SOP, kompaun keseluruhan RM60,000



Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dikenakan kompaun RM20,000 atas dua kesalahan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan dan rentas negeri.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pasangan itu dan keluarga mereka didapati bersalah kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Neelofa dikompaun sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan iaitu gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

"Selain itu dia juga telah melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai... tiada diskaun dibenarkan bagi kedua-dua kompaun," katanya.



Sementara itu PU Riz atau Muhammad Haris Ismail dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke Pulau Langkawi yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa.

Selain itu 20 ahli keluarga Neeloga dikenakan kompaun RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

Sumber: Mstar & Hmetro

April 27, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad