Ramai yang kecewa selepas kerajaan mengumumkan perlaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia bermula bermula 12 hingga
7 Jun 2021 dimana aktiviti ziarah-menziarahi tidak dibenarkan pada sambutan Hari
Raya Aidilfitiri tahun ini.
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri turut kecewa
dengan larangan aktiviti ziarah yang sudah sinonim dalam budaya rakyat Malaysia
menjelang Aidilfitri.
Menerusi entri di Instagram, Aliff yang muncul dengan lagu
Raya berjudul Lala Raya ini mendedahkan dia sudah membuat persiapan untuk
menjamu tetamu dan juga pekerjanya terutama bujang yang tidak dapat pulang
beraya di kampung.
“Saya sedih sangat waktu Hari Raya Aidiltri pula nak PKP? Kami dah patuh SOP tak kemana-mana pun selama PKP ni selain urusan kerja. Saya dah beli banyak lauk-pauk nak jamu tetamu yang nak bertandang ke rumah saya.
"Terutama pekerja-pekerja saya yang duduk bujang tak
dapat balik kampung. Lembu seekor, kambing lima ekor... tiba-tiba dapat
pengumuman tak dibenarkan langsung ada ziarah raya. Sedih tau," kata Aliff
di Instagram.
Aliff meluahkan rasa kecewa di Instagram. |
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata mereka meluahkan perasaan yang sama dan ada juga netizen
yang menyarankan Aliff untuk sedekahkan juadah yang sudah dibeli itu kepada
mereka yang memerlukan.
Sumber: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris
No comments:
Post a Comment