Post Top Ad

26.5.21

‘Bergurau’ isu Covid-19, Iman Troye akhirnya mohon maaf



Selepas teruk dikecam netizen, penyanyi Iman Troye akhirnya tampil membuat permohonan maaf kerana mempersendakan angka kes Covid-19 di Twitter.


Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Saharudin membuat permohonan maaf tersebut menerusi satu entri di akaun Instagramnya pada petang Selasa, 26 Mei 2021.


Menurut Iman, dia akui apa yang dimuat naik di akaun Twitternya sebelum ini adalah satu kesilapan dan tidak sensitif terhadap isu yang sedang negara hadapi ketika ini.


“Assalamualaikum semua, saya minta maaf atas kesilapan yang saya lakukan. Saya sedar selepas memuat naik ciapan tersebut, tweet itu sangat mengelirukan dan saya akuinya.


“Tindakan saya itu adalah satu perkara yang sangat tidak sensitif. Saya sepatutnya lebih tahu tentang hal ini.


“Saya tidak berniat nak melukakan hati sesiapa pun,” kata Iman.


Dalam pada itu, penyanyi berusia 19 tahun ini memberitahu dia akan belajar daripada kesilapan dan tidak akan mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.


“Saya tidak berniat nak menyakiti hati sesiapa terutama sekali kepada petugas barisan hadapan dan sesiapa yang terkesan akibat Covid-19.


“Saya minta maaf. Insya Allah saya akan belajar daripada kesilapan ini. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku.


“Saya betul-betul minta maaf. Terima kasih kepada semua yang menegur. Saya akan cuba jadi lebih baik, Insya-Allah,” katanya.


Terdahulu, Iman dikecam teruk netizen gara-gara memuat naik satu ciapan berbaur sindiran di akaun Twitternya.


Penyanyi yang popular menerusi lagu Teman ini didakwa tidak sensitif apabila dia seakan gembira dengan jumlah peningkatan kes Covid-19 yang mencatatkan angka 6,976 pada 23 Mei lalu.

“Happy 6,900 everyone! Congratulations! Hope esok dapat 7,000 hihihi,” tulis Iman di Twitter.


Rata-rata netizen menzahirkan rasa tidak berpuas hati dengan Iman yang yang langsung tidak peka dengan situasi semasa negara ketika ini dan menjadikan angka peningkatan mangsa positif Covid-19 sebagai bahan gurauan.


May 26, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad