Post Top Ad

21.5.21

“Biasanya orang yang bersinar ini, pasti ramai yang dengki..” – Sajat beri sokongan kepada Neelofa


Kisah selebriti dan usahwan, Neelofa yang sering terbabit dalam kontroversi semenjak dua menjak ini telah menarik perhatian pengasas kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat.

 

Menyifatkan Neelofa sebagai seorang wanita kuat meskipun terhimpit dengan pelbagai isu dan kontroversi., Sajat tampil memberi sokongan penuh buat isteri PU Riz itu menerusi satu entri di Insta Story akaun beliau.

 

“Neelofa seorang wanita yang sangat kuat walaupun banyak yang orang kecam dia. Biasanya orang bersinar ini, pasti ramai yang dengki.

 

“Saya tak pernah tengok dia mengata orang malah dia buat hal sendiri sahaja. Mengenali Neelofa, dia seorang yang sangat baik,” tulis Sajat.


BACA:  Neelofa, PU Riz mengaku tidak bersalah langgar SOP beli karpet di Nilai 3


Dalam pada itu, Sajat turut mengimbas kembali kenangan enam tahu lalu sewaktu bertentang mata dengan Neelofa.

 

“Rindu masa ikut Cicie (jurusolek profesional) mekapkan Neelofa pada enam tahun lepas.

 

“Ia adalah kenangan saya bertemu secara live dengan Neelofa! Kami sentiasa sokong kamu…hidup Neelofa!,” kata Sajat lagi.


Jom follow kami di Telegram untuk tidak terlepas berita sensasi dan terkini : https://t.me/cincaimedia

May 21, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad