Post Top Ad

8.5.21

Ditanya mengapa dah lama tak hasilkan filem ‘berkualiti’, ini jawapan padu Aziz M Osman


Pengarah terkenal, Aziz M Osman akui dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak lagi mengarah filem berkualiti seperti hasil karyanya terdahulu yang sehingga kini masih menjadi sebutan.

 

Perkara tersebut dijelaskan bagi menjawab kepada persoalan seorang pengguna Twitter.

 

“Bang boleh tahu kenapa abang dah tak buat filem-filem berkualiti macam dulu dah?” tanya individu tersebut.

 

Jelasnya, filem ‘berkualiti’ pada hari ini tidak boleh menampung perbelanjaan isi rumah.

 

“Sebab filem ‘kualiti’ tidak boleh tampung belanja saya sekeluarga,” jawab Aziz.

 

Dalam pada itu, ada pengguna Twitter lain menyarankan Aziz menghasilkan filem berkualiti seperti Korea Selatan.

 

Aziz membalas cadangan tersebut dengan memberi contoh filem tempatan seperti filem One Two Jaga mempunyai kualiti yang tinggi namun kurang mendapat sambutan.

 

Ramai yang bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Aziz. Kata mereka inilah realiti sebenar yang perlu pengkarya seperti Aziz perlu lalui demi kelangsungan hidup.

 


Perkara tersebut telah menarik perhatian ramai peminat Aziz dan mereka memuji dan mengimbas kembali filem-filem hebat arahan Aziz yang pernah pecah panggung seperti XXRay, Fenomena, Puteri Impian dan banyak lagi.




May 08, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad