Post Top Ad

11.5.21

“Dulu tumpang rumah orang, nak beli baju pun tak mampu” – Haneesya Hanee terkenang pernah hidup susah



Pelakon dan juga model, Haneesya Hanee mendedahkan bahawa dia pernah berdepan kesusahan hidup sehingga menumpang di rumah orang dan tidak mampu membeli baju raya baharu untuk menyambut Aidilfitri.


Disebabkan kesempitan hidup, Haneesya atau nama sebenarnya Haneesya Sayed Sahlan, 20, berkata dia dan adik hanya menggayakan baju raya hasil sumbangan orang ramai.


 “Saya pernah rasa tak mampu beli baju raya. Dahulu masa saya tengah susah tak ada rumah menumpang rumah orang, kita orang tahap yang nak beli baju pun tak mampu.


“Jadi apabila hari raya je rumah anak yatim akan panggil ibu tunggal untuk join jamuan berbuka puasa, dari situ dapatlah sikit duit raya.


“Apabila pergi ke rumah anak yatim tu, merekalah yang akan bagi baju, memang beberapa tahun baju saya adalah baju dari orang yang sedekahkan dekat keluarga saya,” cerita Haneesya.

Haneesya mendedahkan perkara tersebut menerusi entri di Instagram miliknya.

Terpanggil untuk melakukan perkara sama seperti yang dirasainya pada suatu ketika dahulu, Haneesya turut mendermakan baju-baju miliknya kepada mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan.


“Sekarang saya nak buat benda yang sama. Sudah empat beg besar saya bagi dekat kawasan orang yang memerlukan dan tinggal lagi satu ni saya nak kongsi dengan pengikut saya, kata Haneesya.


Ikhlas dalam apa yang dilakukan, Hanessya hanya meminta penerima baju sumbangannya itu agar mendoakan rezekinya bertambah dari hari ke hari.


Terdahulu, bekas juara Dewi Remaja itu mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak berasa malu menetap di flat kos rendah sejak berusia 12 tahun.


Meskipun ada yang mempersenda gaya hidupnya, Haneesya walau bagaimanapun tetap bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah S.W.T.


Sumber: Instagram @ haneesyahanee


May 11, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad