Post Top Ad

16.5.21

Jep Sepahtu, Sari Yanti selamat timang anak ketiga



Tahniah diucapkan kepada Jep Sepahtu dan Sari Yanti yang selamat menimang cahaya mata ketiga iaitu bayi lelaki.


Khabar gembira tersebut dikongsikan Jep menerusi entri di akaun Instagram beliau pada Sabtu.


“Subahanallah.. Syukur Alhamdulillah. Tq saying,” tulis Jep ringkas.



Perkongsian Jep itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan juga rakan-rakan artis.


Mereka mengucapkan tahniah kepada Jep dan Sari Yanti atas kehadiran ahli baharu dalam keluarga mereka.


Untuk makluman, Jep dan Sari Yanti berkahwin pada Februari 2017 dan turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara, 3,dan Muhammad Khidir yang kini berusia lapan bulan.


Sari juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haw hasil perkahwinan terdahulu.


May 16, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad