Post Top Ad

22.5.21

Mimi Lana tolak sesi fotografi bersama Dior demi Palestin



Pelakon Mimi Lana mendedahkan dia telah membatalkan sesi fotografi bersama jenama fesyen antarabangsa, Dior sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel di tanah mereka sendiri.


Menerusi entri di Insta Story akaun Instagram beliau, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memuat naik tangkap layar mesej yang menunjukkan sebab dia memilih untuk berbuat demikian.


“Saya minta maaf kerana tidak dapat melakukan sesi fotografi bersama Dior.


“Saya dapat tahu jenama itu menarik keluar nama Bella Hadid sebab menyokong Palestin.


“Ia sangat sensitif buat rakyat Muslim di negara saya buat masa ini jika saya buat sebarang hantaran mengenai Dior.


“Saya betul-betul minta maaf dan harap awak dapat faham,” kata Mimi kepada pihak yang menguruskan sesi fotografi bersama jenama fesyen tersebut.


Dalam pada itu, Mimi memberitahu apa yang dilakukan adalah tanda sokongan kepada Palestin dan juga model antarabangsa, Bella Hadid.


“Perkara yang kecil namun sangat besar maknanya. Saya berjuang untuk saudara Palestin saya dan untuk Bella,” ujar Mimi.


Terdahulu, kontrak Bella Hadid sebagai wajah jenama barangan mewah Perancis itu dibatalkan kerana kelantangannya menzahirkan sokongan dan memperjuangkan hak penduduk Palestin.


Bella baru-baru ini turun padang bagi melakukan protes dan mempertahankan Palestin daripada terus dizalimi rejim Zionis.


Bella Hadid (kiri) menyertai protes mengecam tindakan regim Zionis terhadap rakyat Palestin di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.


Jom follow kami di Telegram untuk tidak terlepas berita sensasi dan terkini : https://t.me/cincaimedia
May 22, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad