Post Top Ad

12.5.21

MK K-Clique dilantik sebagai duta PUBG Mobile, bakal muncul dengan lagu, kostum dan watak istimewa



PUBG Mobile telah mengumumkan melantik penyanyi rap MK sebagai duta jenama permainan video mereka untuk pasaran Malaysia.


Melalui kerjasama bersama dengan Warner Music Malaysia, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, 25,  akan hadir dengan dua lagu khas untuk PUBG Mobile yang akan digunakan ketika kejohanan e-sukan tahun ini.


Selain itu, PUBG Mobile juga akan menyertakan pelbagai kandungan berdasarkan MK di dalam permainan, antaranya adalah kostum MK, watak, pek suara, muzik di lobi dan pelbagai lagi yang akan diperkenalkan.


Untuk makluman, ini bukanlah pertama kali, permainan atas talian popular ini bekerjasama dengan penyanyi ataupun kumpulan muzik.


Tahun lalu, mereka pernah berkolaborasi bersama dengan kumpulan K-Pop popular Blackpink, penyanyi rap asal Indonesia, Rich Brian dan ramai lagi.


Permainan PUBG Mobile ditawarkan secara percuma untuk peranti Android dan iOS serta menawarkan pembelian dalam aplikasi.


Sumber: Aksiz.com & Instagram @pubgmobilemyofficial


May 12, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad