Post Top Ad

28.5.21

“Saya ada masalah kesihatan, namun terlalu peribadi untuk kongsi kepada umum” – Eina Azman mohon maaf, tak boleh kongsi hidap penyakit apa



Pelakon Datin Paduka Eina Azman akhirnya tampil membuat permohonan maaf berhubung kekecohan yang tercetus gara-gara perkongsiannya menerima suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak baru-baru ini.


Menerusi satu entri di akaun Instagram beliau, Eina memberitahu beliau tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.


“Saya memohon maaf andai kata perkongsian saya di media sosial menimbulkan rasa kurang senang bagi sesetengah pihak.


“Saya tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti sesiapa apatah lagi ketika isu vaksin menjadi perbualan hangat.



“Malah, pihak berwajib juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini. Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga saja,” kata Eina.


Pada 26 Mei lalu, nama Eina hangat menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik hantaran sambil memegang papan tanda ‘saya sudah divaksin’ di Instagram sebelum dia bertindak memadamkan perkongsian tersebut.


Netizen mendakwa Eina dan suami memotong giliran bagi mendapatkan suntikan vaksin dan mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas negeri sedangkan kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Dalam pada itu Eina menjelaskan dia bertindak memadam hantaran tersebut di Instagram bagi mengelak isu itu menjadi lebih teruk.


“Justeru itu, saya memadam posting daripada paparan di Instagram bagi mengelakkan isu ini daripada bertambah rumit.



“Dengan rasa rendah diri, saya sekali lagi memohon maaf sekiranya video dan gambar yang dimuat naik menimbulkan salah faham,” jelas Eina.


Terdahulu pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu Eina Azman dan pasangannya yang didakwa telah memotong barisan dan menerima vaksin COVID-19 di hospital berkenaan yang tular di media sosial.


Menurut Pengarah HRPB Ipoh, Dr Abdul Malek Osman, pasangan terbabit layak berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.


Tambah beliau, tiada isu potong barisan dalam pemberian suntikan vaksin berkenaan dan pasangan terbabit telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.


May 28, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad