Post Top Ad

9.5.21

Scha Elinnea syukur boleh beli kereta mewah pada usia 21 tahun



Pelakon Scha Elinnea menzahirkan rasa syukur kerana atas usaha keras dan berkat doa keluarga, dia kini berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A180 AMG.


Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Scha atau nama sebenar Natasha Mohamed Mubeen kereta tersebut merupakan kereta idamannya dan mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu hasil berlakon.


“Alhamdulillah, di usia 21 tahun hari ini merupakan hari di mana saya perlu berbangga dengan pencapaian diri sendiri.


“Saya tidak pernah bayangkan diri ini dapat memiliki sebuah kereta idaman seawal usia ini. Saya mencapai satu lagi kejayaan dalam hidup. Semua ini tidak akan menjadi realiti tanya sokongan dan doa dari keluarga saya," tulis Scha.


Memetik laporan Harian Metro, Scha sudah lama mengidamkan kereta itu dan mula mengumpul duit sejak dua tahun lalu.


“Ini adalah hasil titik peluh saya berlakon. Selama dua tahun saya mula mengumpul duit untuk membeli kereta idaman ini. Apabila dapat beli, saya berasa puas dan berbaloi dengan kerja keras selama ini.


“Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini kalau ke mana-mana memang tumpang kereta pembantu peribadi (PA) saja. Kiranya, kereta ini sesuai dengan saya. Tak besar dan tak kecil sangat,” katanya.



Selepas berjaya merealisasikan cita-cita memiliki kereta impian, Scha menyasarkan untuk membeli rumah pula selepas ini.


“Tahun ini saya dapat beli kereta idaman, insya-Allah, kalau ada rezeki tahun depan saya menyasarkan untuk beli rumah pula.


“Tidak mengapa bekerja keras siang dan malam asal saja apa yang diimpikan dapat dibeli menggunakan hasil titik peluh sendiri,” cerita Scha.


Sumber: Instagram @schaelinnea & Harian Metro


May 09, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad