Post Top Ad

23.5.21

SITI NURHALIZA bakal akhiri tempoh berpantang, netizen ‘geram’ lihat foto terbaharu MUHAMMAD AFWA



Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza menzahirkan rasa syukur sudah lebih sebulan melahirkan cahaya mata keduanya, Muhammad Afwa.


Perkara tersebut dikongsikan Siti menerusi satu hantaran di akaun Instagram beliau pada 22 Mei 2021.


“Dah sebulan 3 hari. Alhamdulillah,“ tulis Siti ringkas pada ruangan kapsyen.


Dalam hantaran tersebut, Siti memuat naik foto dirinya berbaju merah sedang memandang Afwa yang lena tidur.

 


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat. Rata-rata mereka menyatakan rasa ‘geram’ melihat foto terbaharu anak lelaki Siti itu dan mendoakan agar Afwa membesar dengan sihat.



Terdahulu, Siti selamat melahirkan Muhammad Afwa pada 18 April lalu menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.


Selain Afwa, Siti juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

May 23, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad