Post Top Ad

20.5.21

TAHNIAH! Ain Edruce selamat bersalin, dapat ‘baby girl’



Pelakon dan pengacara, Ain Edruce telah selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan pada 19 Mac 2021.


Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Ain menerusi video yang dimuat naik di Insta Story miliknya.


“Setelah berbelas-belas jam dalam hospital, akhirnya saya bersalin,” kata Ain.


Sementara itu, Ain telah mengumumkan jantina bayinya iaitu perempuan dalam posting terbaharu di Instagram.


“Welcome to the family, yang dinantikan sudah tiba. Mummy dan daddy love you. Mummy teka baby boy, daddy teka girl, nampaknya daddy menang,” ujarnya.


Untuk makluman, Ain dan suami selamat diijabkabulkan pada 13 Disember 2019 dan mengikat tali pertunangan sekitar pertengahan bulan Jun tahun yang sama.


Jom follow kami di Telegram untuk tidak terlepas berita sensasi dan terkini : https://t.me/cincaimedia
May 20, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad