Post Top Ad

6.5.21

"Ustaz mana dia rujuk?" – Ridhuan Tee personal status kumpul pahala percuma berganda-ganda Siti Nurhaliza



Status yang dimuat naik Datuk Seri Siti Nurhaliza di InstaStory akaun Instagram beliau baru-baru ini berkaitan mengumpul pahala percuma berganda-ganda selepas dikecam netizen mendapat perhatian pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.


Menerusi entri di Facebook page Mohd Ridhuan Tee Abdullah, pendakwah tersebut mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Siti itu dan meminta tidak menggunakan nama ustaz dalam menutup kesilapan yang dilakukan.


"Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri?


"Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri, apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

Status Siti di IG Story yang mengundang rasa kurang senang netizen


"Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.


"Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat mengaut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz.


“Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk cover diri ini tidak berapa molek.," tulisnya.



Dalam pada itu, Ridhuan turut mempersoalkan kehadiran beberapa ahli agama di majlis tahnik tersebut yang disifatkan tidak perlu jika memudaratkan terutamanya ketika negara sedang berhadapan pandemik Covid-19.


"Konteks dan teks berbeza. Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini.


"Saya bersependapat dengan Mufti Perlis, yang dalam kiasnya, soal keutamaan, antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis. Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.


"Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP, antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan maka, boleh sahaja tidak hadir.


"Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti? Sudah takdirkan?


Antara ustaz terkenal yang hadir majlis tahnik anak kedua Siti Nurhaliza.


Selain itu, dia juga mengingatkan supaya menghentikan budaya mencari publisiti di laman sosial.


"Ingatan saya, hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Bila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang dia rujuk?,” katanya.

Ridhuan Tee mengulas perkara tersebut di Facebook page rasmi beliau.

Terdahulu, nama Siti menjadi bualan hangat khalayak selepas majlis tahnik yang dianjurkannya baru-baru ini dipertikai netizen kerana didakwa melanggar SOP dan ada individu ternama dikatakan merentas negeri untuk menghadiri majlis tersebut.


Ekoran itu, pihak polis telah menjalankan siasatan setelah menerima satu laporan berkenaan majlis itu.


Sumber: Facebook page Mohd Ridhuan Tee Abdullah


TONTON VIDEO PILIHAN:

May 06, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad