Post Top Ad

7.5.21

“Yang berada & bahagia, mungkin boleh simpan sikit gambar kemewahan…,”- Aishah ajak jaga hati mereka yang terkesan kerana PKP



Penyanyi Aishah berharap agar semua pihak diberi kesabaran dan kekuatan untuk mengharungi pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang telah pun berkuat kuasa bermula 6 Mei 2021 di beberapa buah negeri.


Menerusi entri di Instagram, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin memberitahu ramai yang rasa tertekan kerana PKP dan salah satu cara membantu emosi mereka adalah dengan menjaga sensitiviti sesama kita.


“Ramai yang keluar hari ini, al maklumlah kami di beberapa daerah di Selangor ni akan berPKP. Cuma agak confuse sekarang dengan SOPnya, nak ikut PKP yang macam mula-mula dulu ke, atau mcm PKP 2.0 ke macam mana ye?


“Di dalam bulan yang mulia semoga kita semua diberi kesabaran untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan hidup terutama di musim Covid ini.


“Semua orang merasakan berbagai tekanan, jadi jom kita sama-sama menjaga sensitiviti sesama kita. Empathy itu sangat penting. Cakna kesusahan dan kesempitan jiran tetangga kawan-kawan,” kata Aishah.

Tambah Aishah, khalayak juga perlu lebih sensitif ketika menggunakan media sosial bagi menjaga hati mereka yang terkesan dengan PKP.


“Kalau pun tidak bisa membantu secara fizikal, dengan menjaga apa yang kita upload di dalam akaun sosial media kita sudah cukup bagus.


“Bagi yang berada dan bahagia, mungkin boleh simpan-simpan sikit gambar-gambar kemewahan dan kegembiraan.


“Bukan apa,kerana menjaga hati-hati teman-teman yang sedang dilanda kesedihan dan kesempitan. Bagi yang diduga dengan berbagai dugaan, semoga kita bertabah dan bersabar menghadapinya,” kata Aishah.


Dalam pada itu, Aishah turut menyeru khalayak untuk menggunakan masa yang ada dengan baik dengan mendekatkan diri dengan agama.


“Di media sosial bukan tempat untuk kita ‘vent out’ segala ‘frustration’ kita. Sekarang inilah masa terbaik utk kita mohon pada Allah swt.


“Take care everyone,tenangkan hati, zikirullah dan Al Quran patut menjadi teman setia kita 24/7. Sebarkan kasih sayang pada semua. Positif minda, fizikal dan spiritual tapi jangan positif Covid insyaallah,” akhirinya.


Sumber: Instagram Aishah (@aishahjmm)


TONTON VIDEO PILIHAN:
May 07, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad