Post Top Ad

8.6.21

“Kalau ada simptom ADHD, sila rujuk doktor. Jangan ‘self-diagnosis’ dari Google” – Sharifah Sakinah


Pelakon Sharifah Sakinah yang menghidap sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) telah memberi sedikit nasikat buat mereka yang mempunyai simptom penyakit tersebut.


Menerusi hantaran di Instagram, Sakinah menyarankan mereka yang mempunyai simptom-simpton ADHD tampil merujuk dengan doktor pakar dan bukannya membuat pencarian di Google bagi mengesahkan diri mereka benar-benar menghidap ADHD.


Menurut Sakinah, untuk mengesahkan seseorang itu menghidap ADHD bukan mudah dan memerlukan rujukan beberapa orang doktor.


“Kepada yang rasakan ada simptom-simptom ADHD , bipolar ke,please get it diagnosed with the doctors,bukan satu tapi ramai. Not self diagnosed from Google.


“In my situation it took me three weeks of back to back interviews (sampai call family) and several test to get this diagnosis. It wasn't as easy as online questionnaires and checklist of symptoms.


“ADHD ni people always assume hyper je. Well, it's more complicated and broad than that such as overthinking, impulsive, trouble regulating their emotions etc.,” tulis Sakinah di Instagram.


Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berpesan kepada mereka yang mempunyai simptom ADHD untuk sentiasa mengikuti saranan dan nasihat doktor.


“Once dah diagnose, make sure follow elok-elok doctors prescriptions and advice, walaupun sebenarnya memang susah nak berdisplin.




“And the most important thing is get a good support system for our daily challenges.


“The world will not understand you, siap boleh kena label mengada atau over. In the end, we have to be kind to ourselves, self acceptance is the key,” tulis Sakinah lagi.


June 08, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad