Post Top Ad

10.7.21

Astro Radio Mengaktifkan ‘Kami Care Helpline’ Untuk Membantu Rakyat Malaysia


Astro Radio melancarkan Kami Care Helpline, yang disediakan sekarang kepada rakyat Malaysia yang terjejas, untuk permohonan bantuan menerusi talian WhatsApp dari kesemua jenama Astro Radio.

 

Pemohon berpeluang menerima barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung, biskut, teh, makanan dalam tin dan mi segera, semasa situasi yang mencabar ini. Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, “Kami berharap Kami Care Helpline membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat barangan keperluan harian mereka ketika waktu sukar ini. Kami berusaha untuk meningkatkan sokongan bantuan dan jangkauan kami kepada mereka yang memerlukan menerusi kempen ‘Kami Care’ dan berkongsi lebih maklumat pada masa akan datang.”

 

Semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi WhatsApp pada bila-bila masa, setiap hari melalui talian Kami Care Helpline di bawah. Pendengar juga boleh menghantar permohonan bagi pihak orang lain yang memerlukan bantuan.

 

Permohonan Kami Care Helpline perlu disertakan nama penerima, nombor telefon, alamat rumah, dan maklumat ringkas mengapa mereka memerlukan bantuan ini. Mereka yang layak akan dimaklumkan secara langsung dan penghantarkan barangan keperluan dijalankan setiap hari.


Talian WhatsApp Kami Care Helpline:

Jenama radio Melayu

016 5127777 - ERA

016 2570000 - ERA Sabah

016 3150000 - ERA Sarawak

016 3260000 - SINAR

016 7369999 - GEGAR

016 9175555 - ZAYAN

 

Jenama radio Cina & Tamil

016 5073333 – MY

016 8718888 - MY Sabah

016 5413333 - MY Sarawak

016 7459999 - MELODY

 016 9988889 - GOXUAN


July 10, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad