Post Top Ad

12.7.21

Benjy selamat disemadikan


Berita pemergian pelakon, Benjy atau nama penuhnya Kaheryll Benjamin Ibrahim akibat asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia semalam mengejutkan masyarakat Malaysia terutamanya peminat dan juga rakan-rakan artis.

 

Dalam satu kenyataan media hari ini, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) telah memberitahu bahawa arwah Benjy telah selamat dikebumikan di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung  Medan Indonesia.

 

Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, beliau telah menyaksikan proses pengebumian Benjy dalam siaran langsung video bersama keluarga arwah.

 

“Alhamdulillah arwah Benjy telah selamat dikebumikan di tempat Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung  Medan Indonesia pada jam 11 pagi waktu Indonesia dan selesai semua acara pada jam 11.45 pagi.

 

“Semua urusan jenazah Benjy diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan.

 


“Seniman diwakili oleh Setiausaha Agung sempat menyaksikan proses pengkebumian Benjy dalam siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan.

 

Hafiz (tengah) bersama Presiden Seniman, Zed Zaidi semasa melawat arwah Benjy di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia pada tahun 2019

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke Negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan beliau dunia dan akhirat.

 

“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” kata Hafiz.

 


Untuk info, pada 2017, Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu

 

Benjy merupakan anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty.

 

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan Saffiya Stephanie Kar-Leng Lee pada Februari 2004 namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Firdaus Juan Benjamin yang kini berusia 16 tahun.

July 12, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad