Post Top Ad

12.7.21

Dikecam 'Demand' Vaksin Pfizer, Ifa Raziah Nafi Memilih


Gara-gara membatalkan janji temu vaksinasi disaat akhir kerana memilih jenis vaksin Pfizer, nama selebriti popular Ifa Raziah hangat menjadi bualan netizen.


Walau bagaimanapun, Ifa menerusi laman sosial TikTok menafikan tindakannya berbuat demikian tiada kaitan dengan dakwaan memilih vaksin.


Jelas Ifa, dia terpaksa membatalkan niat untuk mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).


“Miss Diva terpaksa batalkan vaksin kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin,” tulisnya.


Sementara itu, menerusi hantaran lain di Instagram miliknya. Ifa atau Saripah Raziah Mustapha memberitahu dia bukan sengaja mahu berkelakuan sedemikian, tetapi dia merasakan vaksin Pfizer lebih sesuai untuk dirinya yang mempunyai masalah kesihatan.


“Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia di dalam aplikasi MySejahtera.


“Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan bekalkan penerima dengan vaksin Pfizer. Tapi, jadi lain pula apabila saya nak Pfizer dan diberi Sinovac.


‘Bukan nak kata vaksin lain tu tak okey dan Pfizer saja yang paling bagus. Tapi untuk kes macam saya ni, penyakit yang saya ada, cuma Pfizer sahaja yang sesuai,” kata Ifa.


Walau bagaimanapun, Ifa tidak mendedahkan jenis penyakit yang dihidapinya dan juga menunjukkan sepucuk surat sebagai rujukan untuk mendapatkan vaksin yang bersesuaian sahaja.


Tambahnya, ia bukan soal melancong ke luar negara ataupun kualiti vaksin yang berbeza namun keadaan kesihatannya yang memaksa untuk beliau mendapatkan vaksin jenis itu.


“Ini bukan soal nak ke luar negara ke apa. Sama sekali tidak. Kalau cucuk 10 dos Pfizer sekali pun, bukan boleh terbang dan pergi luar negara sekarang pun.


“Kalau saya nak pilih Pfizer ke Sinovac ke, tak salah kan? Bukannya saya minta dadah!.


“Yang penting saya nak ambil vaksin bukannya nak menghasut orang lain jangan ambil vaksin,”ujar Ifa.

July 12, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad