Post Top Ad

8.7.21

“Kalau saya dapat tangkap, saya akan SAMAN awak” – Zara Zya berang nama disalahgunakan individu tidak bertanggungjawab


Pelakon Zara Zya meluahkan rasa terkilan apabila ada individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama dan gambarnya di Instagram disyaki bagi tujuan penipuan.


Zara mendedahkan perkara tersebut menerusi satu posting di Instagram beliau hari ini.


“Tolonglah saya dah koyak & penat skrg ni! Hari tu kena tuduh songlap duit bantuan, sekarang ada orang ambil kesempatan pula guna nama saya buat contest iPhone. Lepas ni tak tahu kes apa pula.



“Saya tak nak kalau ada yang tertipu, akan salahkan saya. Buruk lagi nama saya. Kalau terkesan dengan pkp nie, kibar je bendera putih.


“Ramai yang akan datang membantu. Tak payah nak buat benda kotor ni, menyusahkan org je!,” tulis Zara di Instagram.


Tambah Zara dia akan mengambil tindakan saman jika berjaya mengesan individu tidak bertanggungjawab tersebut.


“Saya nak cakap benda ni 100% scam! So tolong semua followers jangan tertipu ye. Kalau saya dapat tangkap, saya akan SAMAN awak! Thats all!,” tulis Zara di Instagram.


July 08, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad