Post Top Ad

19.7.21

Kit ujian kendiri jangkitan Covid-19 pertama buatan Malaysia kini boleh dibeli




MeDKAD Sdn.Bhd. telah melancarkan produk kit ujian kendiri rapid antigen Covid-19, SALIXIUM (sampel calitan air liur/hidung) dan mula dijual kepada orang awam bermula 19 Julai 2021.


Menurut MeDKAD, ia merupakan produk buatan Malaysia pertama dari jenisnya dan telah diluluskan untuk penjualan oleh Kementerian Kesihatan.




Dijual pada tanda harga RM39.00 menerusi laman web Salixium, kit ujian pantas kendiri Covid-19 ini dapat mengesan kehadiran antigen SARS-coV-2 dalam air liur manusia dan persampelan melalui hidung.


Keputusan ujian akan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit menerusi jalur berwarna merah jambu/ungu di kit tersebut.


Bagi yang berminat, boleh membeli produk ini di laman web Salixium (http://salixium.com)
July 19, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad