Post Top Ad

1.7.21

Neelofa akan hulur bantuan kepada 70 buah keluarga terpilih yang terjejas akibat PKP




Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa menyasarkan untuk membantu 70 buah keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik Covid-19.

 

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, mendedahkan dia menerima banyak permohonan bantuan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa yang ditubuhkannya.

 

“Sebelum ini kami hulurkan bantuan kepada komuniti atau rumah-rumah perlindungan. Tetapi memandangkan keadaan semakin teruk, Pertubuhan Kasih Neelofa akan mengenal pasti penerima bantuan individu.

 

“Kami terima terlalu banyak permohonan,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam InstaStory.

 

Oleh itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu menyasarkan pemberian sumbangan dapat diagihkan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan bantuan pada minggu ini.

 

“Insya-Allah minggu ini kami akan sampaikan bantuan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan dan sangat terjejas.

 

“Kami akan hulurkan bantuan dalam bentuk makanan dan wang tunai bagi meringankan beban keluarga yang terkesan,” kata Neelofa.


July 01, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad