Post Top Ad

7.9.21

Bagi ‘Hint’, Vida dan Iqbal bakal Naik Pelamin Disember Ini?

Sesi siaran langsung di Instagram (IG Live) usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida pada malam Isnin mengundang perhatian warganet apabila beliau memberitahu akan mengumumkan tarikh perkahwinan bersama bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

 

Walaupun tidak memberitahu tarikh yang spesifik, Vida hanya memberitahu akan berkahwin pada bulan Disember tahun ini.

 

Lebih menguatkan perkara tersebut, Iqbal turut meninggalkan komen ringkas iaitu ‘Bulan 12’ semasa sesi siaran langsung tersebut.

 

Perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan dipermudahkan segala urusan nanti.

 

Bagaimanapun, tiada ulasan lanjut daripada Vida tentang hal tersebut dan dia merakamkan ucapan terima kasih buat semua atas doa yang baik-baik terhadapnya dan Iqbal.

 

Sehingga kini, video siaran langsung yang dimuat naik semula oleh Vida itu telah meraih tontonan hampir 200,00 di Instagram.


Terdahulu, Iqbal membuat pendedahan bahawa dia mahu meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat ini.

 

Iqbal turut menegaskan bahawa perasaan cinta tersebut adalah serius dan bukan untuk melariskan produk jualan mereka.


September 07, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad