Post Top Ad

25.9.21

Selepas Zul Ariffin dan Remy Ishak, kini Zizan Razak pula umum tarik diri ABPBH

Pelakon, pelawak dan penyanyi, Zizan Razak mengumumkan menarik diri daripada semua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) yang bakal berlangsung pada 13 November depan. 

Dalam satu hantaran di Instagram miliknya, Zizan mendedahkan sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak penganjur.


"Seiring usia dalam bidang seni, Zizan mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebarang pencalonan ABPBH.


"Zizan percaya ABPBH kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur," kata Zizan.

Walaupun sudah menarik diri, Zizan akan terus menyokong ABPBH dan turut berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan dan mengundi dirinya setiap kali dicalonkan.


“ABPBH antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia.


“Sejujurnya, ia adalah anugerah yang mendekatkan Zizan dengan para peminat. Di situlah kami berkumpul dan mengenali antara satu sama lain. Semua mencatat momen manis!


“Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan Zizan dan terutamanya peminat yang mengundi. Zizan akan terus menyokong ABPBH dari luar gelanggang. All the best kepada semua calon!," kata Zizan.


Zizan sebelum ini pernah beberapa kali memenangi anugerah di pentas ABPBH, kali terakhir dia membawa pulang trofi Artis Komedi Popular ABPBH32 pada tahun 2019.


Sumber: Instagram @zizanrazak
September 25, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad