Post Top Ad

25.9.21

Tahniah! Ernie Zakri kini hamil empat bulan


Teka-teki sama ada penyanyi Ernie Zakri sedang hamil akhirnya terjawab apabila penyanyi lagu Boneka itu mengumumkan dirinya sudah berbadan dua menerusi satu hantaran di akaun Instagram beliau.


Menerusi hantaran tersebut, Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada dia dan suami.


“Alhamdulillah untuk rezeki-Mu Ya Allah. Engkau permudahkanlah perjalanan kami,” kata Ernie  di Instagram pada Jumaat.



Menerusi laporan portal mStar, suami Ernie iaitu penyanyi Syamel mengesahkan isterinya kini sedang hamil dan usia kandungan memasuki usia empat bulan.


“Alhamdulillah kandungan isteri dah masuk empat bulan…Ernie punya kehamilan berbeza dengan ibu mengandung lain.


“Masuk trimester kedua baru dia berdepan alahan, macam rasa loya tapi Alhamdulillah Ernie dan bayi dalam kandungan sihat.


“Doakan semoga bayi membesar dan selamat sehingga hari kelahirannya ya!” kata Syamel kepada mStar.


Sebelum ini, timbul spekulasi Ernie hamil kerana perubahan bentuk badannya namun dia menafikan perkara tersebut dan memberitahu badannya semakin naik disebabkan selera makan yang tinggi.


Untuk makluman, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada 26 Mac yang lalu dalam majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.


Sumber: Instagram Ernie & mStar


September 25, 2021 / by / 0 Comments

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad